Kepada semua pelanggan yang dihormati...

Maaf sangat2 disebabkan Cyra's Style agak lama menyepi. Alhamdulillah, pada bulan Ogos 2008, tuan punya Cyra's Style telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan.. :)
Selepas kelahiran anak pertama, tuan punya tiba2 menjadi sangat sebok, serta cuba untuk menyesuaikan diri dengan kehadiran orang baru... :)
Malangnya, selepas masuk kerja, kerja tuan punya di pejabat amatlah banyak menyebabkan tuan punya langsung tak sempat fikir pasal benda lain selain daripada kerja dan baby!

Tapi, sekarang tuan punya sudah punya kerjaya baru, dan alhamdulillah, kehidupan lebih tenang dan ada sedikit masa yang boleh diluangkan untuk meneruskan bisnes kecil kecilan ini.

Sayang rasanya untuk menghentikan kedai maya yg tidak seberapa ini memandangkan saban hari tuan punya pasti akan ternampak style2 pakaian baru yang ingin sangat dikongsi bersama semua!

Oleh yang demikian... sukacitanya dimaklumkan... Cyra's Style akan kembali beroperasi semula Jun ini... dan semestinya stok2 baru yang mengancam! Sempena pembukaan semula kedai ini juga, buat pertama kalinya Cyra's Style akan membuat jualan penghabisan stok.. di mana stok2 lama akan dijual dengan diskaun 20% ke atas! :)

1 maklumbalas:

Seri Nuang Shah Alam said...

selamat datang ke komuniti seri nuang.

terima kaseh atas komen yang diberikan itu.

awak dok tingkat berapa? sapa nama suami awak? kot2 saya kenai

Setiap kotak yang bertanda (*) perlu diisi.

Senarai Pesanan*
Nama*
Alamat*
Email*
Telefon*
Cara Pos*

Nota
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]
 

Icons by http://dryicons.com