7.8.08

Soalan Lazim

1. Bagaimanakah cara membuat pesanan?
2. Berapakah kos penghantaran dan pengendalian?
3. Bagaimanakah hendak membuat pembayaran?
4. Bagaimana hendak menentukan saiz?
5. Apakah model yang telah habis dijual akan ditambah stok?
6. Apakah barang yang telah dibeli boleh dipulangkan semula?
7. Apakah syarat2 untuk pemulangan semula?
8. Adakah Cyra's Style menerima pesanan dari luar Malaysia?
9. Mengapakah web ini di dalam Bahasa Malaysia dan bukan di dalam Bahasa Inggeris?
10. Apakah selamat untuk berbelanja di Cyra's Style?
11. Apakah Cyra's Style menerima bayaran melalui kad kredit?



1. Bagaimanakah cara membuat pesanan?

1
Pastikan kod barang yang ingin dipesan.
2
Copy/Paste atau taipkan kod berkenaan ke dalam kotak 'Senarai Pesanan'
3
Lengkapkan Borang Pesanan
4
Klik butang 'Hantar Pesanan'
5
Salinan pesanan akan dihantar ke email anda.
6
Invois akan dikeluarkan (beserta kos penghantaran dan pengendalian) dalam masa 1 - 2 hari bekerja
7
Bayaran perlu dijelaskan dalam tempoh 3 hari bekerja, atau pesanan anda akan dibatalkan tanpa sebarang notis
8
Barang akan dipos dalam tempoh 1 - 2 hari bekerja selepas bukti pembayaran diterima

2. Berapakah kos penghantaran dan pengendalian?

1 Caj penghantaran adalah termasuk kos pembungkusan dan pengendalian.
2 Semua barang akan dipos menggunakan khidmat Pos Laju atau Pos Daftar sahaja.
3 Caj penghantaran (untuk barang pertama/2 helai tudung pertama sahaja):


Pos Laju

Semenanjung: RM6
Sabah/Sarawak: RM8

Pos Daftar

RM4 untuk seluruh Malaysia.

*Tambahan RM1 akan dikenakan untuk setiap helai/2 helai tudung yang berikutnya.

3. Bagaimanakah hendak membuat pembayaran?

1 Cash Deposit/Online Transfer ke akaun Maybank/CIMB sahaja.
2 Butiran akaun akan diberikan bersama Invois pesanan.
3
Selepas pembayaran dibuat, sila emailkan kepada kami bukti pembayaran.
4 Di atas faktor kekurangan tenaga pekerja, kami tidak menerima bayaran secara COD.

4. Bagaimana hendak menentukan saiz?

Anda boleh merujuk kepada ukuran baju yang dipaparkan pada setiap gambar.

5. Apakah model yang telah habis dijual akan ditambah stok?

Kebanyakan model pakaian yang telah habis, tidak akan ditambah stok. Ini berikutan stok yang terhad dan tidak menentu pada pembekal.

6. Apakah barang yang telah dibeli boleh dipulangkan semula?

Ya! Bermula pada 10 Ogos 2008 pihak Cyra's Style membenarkan pembeli untuk memulangkan semula belian. :)
Tetapi ianya hanya terhad kepada pakaian yang dibeli pada harga biasa dan bukan pada harga diskaun. Sila rujuk kepada soalan 7 untuk mengetahui syarat2 untuk pemulangan semula.

7. Apakah syarat2 untuk pemulangan semula?

1 Barang yang hendak dipulangkan mestilah barangan yang dibeli pada harga biasa dan bukan pada harga diskaun.
2 Barang harus sampai semula ke Cyra's Style dalam tempoh 14 hari bekerja (dari tarikh barang diterima seperti yang direkod oleh Pos Malaysia).
3
Barang yang sudah ditanggalkan tag atau dibasuh atau rosak, tidak sah untuk pemulangan semula.
4 Kos pos untuk pemulangan semula akan ditanggung oleh pembeli.
5 Wang yang dikembalikan tidak termasuk kos penghantaran dan pengendalian kepada pembeli.
6
Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan. Oleh yang demikian kami mengesyorkan anda menggunakan khidmat Pos Laju atau Pos Daftar sahaja untuk memastikan kami menerima barang yang dikembalikan dengan selamat. Kami tidak menggalakkan penggunaan Pos Ekspres kerana ia tidak memerlukan tandatangan penerima.

8. Adakah Cyra's Style menerima pesanan dari luar Malaysia?

Ya! Kami juga menerima pesanan dari luar Malaysia. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun bank di Malaysia, anda boleh membuat pembayaran menggunakan kad kredit ke akaun PayPal kami. Walaubagaimanapun, caj pemprosesan sebanyak 3% akan dikenakan ke atas jumlah pembelian. Pesanan dari luar Malaysia akan dipos dengan menggunakan khidmat Pos Daftar.

9. Mengapakah web ini di dalam Bahasa Malaysia dan bukan di dalam Bahasa Inggeris?

Kerana kedai ini bertapak di Malaysia. :)
Sebab utama ialah kerana kami ingin mengetengahkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda (bahasa pertama) di Malaysia sebagaimana yang berlaku di kebanyakan negara Asia yang lain (Jepun, Korea, Indonesia, etc.).
Walaubagaimanapun kami juga sedar akan kepentingan web berbahasa Inggeris supaya boleh juga difahami oleh mereka yang tidak memahami Bahasa Malaysia.
Sukacita kami memberitahu laman Cyra's Style di dalam Bahasa Inggeris akan tersedia tidak lama lagi (dalam pembikinan).


10. Apakah selamat untuk berbelanja di Cyra's Style?

Sudah tentu! Ini kerana anda tidak memberikan butiran akaun kepada kami, malah kami yang memberikan butiran akaun kepada anda! :)

11. Apakah Cyra's Style menerima bayaran melalui kad kredit?

Maaf, buat masa ini pihak kami hanya menerima bayaran kad kredit (melalui PayPal) daripada pembeli yang berada di luar negara sahaja. Ini kerana, kami terpaksa membayar kos pengeluaran wang daripada PayPal sebanyak USD5.






0 maklumbalas:

Setiap kotak yang bertanda (*) perlu diisi.

Senarai Pesanan*
Nama*
Alamat*
Email*
Telefon*
Cara Pos*

Nota
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]
 

Icons by http://dryicons.com